Instagram

Wednesday, January 28, 2015

Jalan baru

Salam satu dua dan tiga Malaysia.

Kalau tengok post terakhir blog ni ade la dalam 10 bulan tak sentuh mende nih.
Maklumlah lepas balik dari jepun dulu, nak jumpe internet kat 'metropolis beris lalang' memang tidak lah kan. Harapkan nak. Update pakai phone hampeh. Penuh dengan typo la jawabnya. Ni tulis pakai komputer pun belum tentu tak ade typo. Ceh

Okey selesai merapu. Berbalik kepada tajuk. Selepas 10 bulan grad dari jepun dulu, kini aku kembali 
tapi bukan sebagai pelajar tapi sebagai penganggur terhormat. *padan muka
"Dah elok-elok keje kat Malaysia tapi gatal nak berhenti buat ape." Ni mungkin tanggapan orang lain kat saya yang hina ni. Ehhe. Sepanjang aku keje kat Malaysia sebelum ni (7bulan je kot), kepala duk 
frust impian nak keje/sambung belajar kat jepun tak kesampaian. So, untuk elakkan frust sampai menonngeng, aku tekad nak mai jugak kat jepun ni hah. Belum tentu lagi ade rezeki kat sini, tapi belum cuba mana tahu kan. Umur muda lagi, takkan tak berani nak buat kesilapan kan. Risiko tetap tinggi tapi alangkah indahnya dan puas kalau dapat lepas lalui semua halangan yang akan mai lepas 
ni. 

Sampai hari ni dan nak masuk sebulan aku kat jepun, tapi aktiviti cari rezeki masih belum ditahap yang 
sepatutnya, masih diawan-awangan. Aktiviti melancong gua tak habis lagi, sabar leww.hehe
Tapi alhamdulillah nampak lah jalan-jalan yang mungkin boleh mendorong aku dapat kahwin kat jepun..eh?! Silap-silap kije kat jepun. 

Doakan Allah mudahkan semua urusan aku kat sini. 

本気出せ!!!!

Thursday, April 3, 2014

Graduation

Assalamualaikum dari bumi Malaysia.

Selepas 3 tahun perjalanan di bumi sakura, ALHAMDULILLAH grad dalam dalam bidang mechanical engineering. Tapi takde la gempak yang angpa semua. Semua nak habis degree & master kan. Nak buat camne kan, rezeki Allah da tentukan. Niat nak sambung kat jepun tidak kesampaian, so ape boleh buat, aku akan cuba cari apa Allah dah tentukan. Btw, syukur sangat walaupun diploma tapi sempat jugak cari pengalaman kat negara orang. 3 tahun sebelum pergi jepun & balik dari jepun, aku boleh rasa cara pemikiran aku da berubah banyak. Insya Allah dengan pengalaman & ilmu selama yang tak seberapa ni, sedikit sebanyak aplikasikan & guna dengan baik.

Jadi sekarang da ada kat Malaysia menanti reply dari company-company yang aku da hanatar resume minggu lepas. Lepas atau tak entah ler, doa jela mampu. Company2 yang aku mintak setakat ni semua company jepun. Sebab kalau boleh tak nak japanese yang ada dalam kepala ni hilang camtu jekan. Satu lagi sebab, sebab masih berharap nanti diberi peluang lagi kembali jumpa Ultraman.hehe Tu pun kalau ada rezeki la kan. Tak kesah da sangat sekarang. Apa yang ada dalam kepala sekarang cuma nak follow the flows yang da tertulis. 

Cukup setakat ni... tengah mengadap phone tunggu orang call. & satu lagi, jangan ada yang kecik hati sebab tak cakap yang aku da balik sebab kat fb da berlambak pic yang cakap aku da balik. 















信じる

Tuesday, October 15, 2013

Kali ketiga

Allahuakhbar 7x

Da macam nak takbir solat raya je. Tapi hari ni memang hari raya pun. 
SALAM AILDIL ADHA buat umat islam. Tahun ni macam tak raya lansung. Raya hari selasa memang la, kat jepun bukan cuti. Kalau tahun lepas kebetulan jatuh hujung minggu, so sempat la jugak buat operasi cari masjid. Tahun ni mampu dengar takbir kat youtube jela. 

Aq ni nak cakap pasal raya ke pasal pe sebenarnya. Hokeh2, berbalik ke tajuk asal. 2 minggu lepas ke Akita Uni untuk entrance exam aq yang ke-3. Dan hari ni result da keluar oi! Nak tahu pe resultnya? BAYAR AH OI! Haha.. Gurau2.. Resultnya lagi sekali tak lepas. Booooo padan muka. 

Sebab da masuk kali ke-3 dapat result camni, nak rase sedih ke kecewa pun da xpandai. Mungkin sebab ni Allah xmau bagi lagi kot, aq ni jenis boleh terima dugaan yang camni. Ke rezeki lagi hebat kat malaysia? Who knows?..

Btw, aq akan terus try.. N try. Again. Sampai duit habis mungkin?


Bye

Friday, July 5, 2013

Short entry: 2nd try di Miyazaki

Salam..

Di pagi jumaat yang suam2 result entrance exam untuk miyazaki university yang aq amek 25hb ari tu akhirnye keluar. Dan seperti sebelum ni jugak, masih tak ade rezeki aq kat sane. Tapi sebab da pernah kecewa sebelum ni, aq da pandai control emosi ni. Rilek je kali ni, no more cry2.. Haha.

Yang aq taw, Allah uji hamba Dia ikut kemampuan hamba tu sendiri. So setakat ujian camni aq terlebih mampu nak hadapi n yang pasti lepas ni lagi banyak ujian yang lagi hebat dari ni yang mendatang. *persiapkan diri n teruskan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.. Bye2 miyazaki, baru je jatuh cinta ngn miyazaki tapi xsangka Allah nak bagi y lagi hebat dari tu.heeee

Byeee. Wak lek wak lu

Wednesday, June 5, 2013

Belum ada rezeki

Assalamualaikum..

5 Jun 2013... Hari ni keputusan temuduga untuk sambung ke Ibaraki University keluar. Setelah 15 hari menunggu macam kera kena belacan basi, akhirnya tiba jugak harinya. Tepat kul 2 petang(masa ini ada kelas), bawa keluar la phone senyap nak check result temuduga. Tapi ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan air mata sampai ke malam. Cari punya cari no giliran aq dalam list calon yang lulus, aik?! tade!!! dushh macam kena tumbuk ngn Aya Ueto. Pedihnya hati ni boh. huhu Tapi kan, nak sedih pun bukan sekarang masanya. Still ada masa lagi untuk cubaan seterusnya. Tak macho ah kalau kena uji sekali dah down kan. Tapi aq still rasa hebat dapat paksa diri senyum depan orang setengah hari. Angpa ingat senang ke nak senyum lepas result camni hah!

Hebat la hebat, lepas kelas telefon  mak, masa ni 'kehebatanku' serta merta hilang tah kemana.. Banjir kelopak mata. Sorry ma, kali ni tak dapat nak gembirakan hati ma lagi. Harap ma abah terus doakan kejayaan. Dan terima kasih jugak kat kawan-kawan yang mendoakan. Semoga Allah membalas jasa kalian. AND PLEASE...KEEP PRAYING FOR ME

p/s: untuk next entrance exam, aq akan try Miyazaki University. Jauh ke pelusuk jepun.

Friday, May 24, 2013

New Blog

Tengah-tengah stress tunggu result interview, sempat lagi 'terbuat' blog baru. Tapi blog ni untuk gambar jek. Buat pun sebab sekarang da sangat malas nak amik gambar. Kalau ada blog camni Insya Allah rajin la sikit keluar cari benda-benda yang boleh dibuat modal amik gambar. *hangat-hangat tahi itik 

ni link ke blog baru. Kali ni tukar angin ke wordpress plak. Cam best je

Saturday, May 4, 2013

PRU13

mintak maaf, nak tulis tapi banyak fitnah dari fakta..baik xyah la kan.
kbai


Btw, SELAMAT MENGUNDI BAGI YANG LAYAK MENGUNDI..

Wednesday, May 1, 2013

How to react with 'this' type of people?

Salam 1,2,3 Malaysia..

Macam-macam jenis orang kat sekililing kita. Ada yang baik, I mean yang betul-betul baik. Ada yang suka duduk diam kat penjuru, tapi bila kita tegur rupenya peramah orangnya. Cuma tunggu ditegur je. Ada jugak yang jenis 'muka tembok cina'. Aq suka jenis camtu. Kenal ke tak habis dia tegur, laki perempuan semua sekali ditegur. Yang pasti orang camni kawannya ramai. Hidup tak senang kalau tak buat kawan. 

Cuma satu jenis manusia je aq tak pandai ataupun susah nak rapatkan diri. Orang yang bila kat depan sangat peramah, tapi kat belakang bercakap aib orang. Dalam kata lain suka sangat mengumpat. Bukan ape, cuma automatik kita akan rasa yang diri kita pun akan termasuk dalam topik-topik 'gosip' orang ni. Terasa lepas ni orang camni akan bergelak ketawa bercakap pasal kita..sangat-sangat la tak senang hati. 

Camne nak berkawan dengan spesis ni??

Sunday, April 28, 2013

Tahun Ketiga Bersama Doraemon

Alhamdulillah... Pejam celik pejam celik, dah masuk masuk tahun ketiga aq kat negara orang nih. Macam-macam dugaan dan cabaran dah berlalu. Terutama sekali 2 sem yang lepas. Tuhan saja tahu penat lelah disebalik 'muka selamba dek' nih. Blog ni memang terabai habis sejak dua menjak nih. *bukan sebab sibuk, tapi sebab tak ingat aq ni ada blog rupenya.hishhh..

So berbalik ke tajuk asal, ni tahun terakhir aq kat kolej ni. Tapi tahun akhir kat kolej tak bermaksud tahun terakhir kat Jepun okey. Kalau Allah nak bagi rezeki lagi belajar kat sini, InsyaAllah taun depan masuklah aq di universiti kat sini. Tapi nak sambung belajar kat universiti kat Jepun bukan benda mudah. Kat sini, kene ambil entrance exam dulu kat uni-uni yang kita nak pergi. Bukan tu je, nak ambil exam bukan free cik adik. Kene bayar plak bagi setiap exam yang kita nak ambil. Biasanya dalam 30,000yen(lebih kurang Rm1000) untuk satu uni. Mahal bebbbb!! Kalau genius boleh la nak ambil satu exam je. Kalau otak cam aq ni ambil satu belum tentu lepas(nauzubillah)..hehe Memang kene ambil banyak ah.

Final year ni jugak, macam tempat IPT kat Malaysia jugak, thesis benda wajib la kan. Tapi syukur sangat sebab partner-partner dan lecturer sangat 'sekepala'. Tambah lagi dapat sorang partner yang top dalam kelas. So ada benda yang tak faham jek boleh terus tanya. Dan satu lagi yang best pasal dorang nih, dorang adalah geng sekaraoke sejak aq datang sini.haha.. Tak berpakat pun nak masuk lab sekali, tapi bukan kita yang tentukan semua tu kan. Ditakdirkan..terima dengan happy.weeehuu.

Dan akhir sekali mohon jasa kawan-kawan semua DOAkan semoga aq dapat terus samb
ung belajar kat uni jepun ni sejauh yang mungkin. Tak sedia lagi nak balik malaysia.huhu. byeee


geng lab taun ni..sangat-sangat sekepala

Tuesday, October 30, 2012

Kenapa aq suke sangat tengok TV kat sini

Salam..

Sebelum mai jepun memang asal-asal peminat setia Tv. Tapi kat Malaysia, biasanya tercegat biler ada movie, citer hantu, hindustan,drama-drama jiwang je. Kalau mase kecik-kecik dulu, lepas sekolah/kelas mengaji ke besenye ada kartun-kartun best cam Dragonball, Sailormoon, power ranger , masked rider n bla-bla lagi yang memang hari-hari tak pernah putus.

Tapi bila datang jepun da kurang suke tengok mende-mende yang aq cakap cam kat atas ni. (kurang ok, bukan tak tengok lansung). Kat sini tv sini lebih tertumpu kat tv show yang akan bagi pengetahuan am, tapi dalam mase same lawak bodoh takkan tertingal. Talk show, quiz show, n banyak lagi yang memang sangat banyak info yang kite boleh taw. Jarang sangat tv show kat sini yang cakap kosong. Reality tv cam AF lagi la tade..huhu

Tapi bukan pasal tu aq nak cakap sebenarnya. Cume nak cakap yang tv show sini suka sangat buat sape yang tengok( n paham) basah butir mate. Bukan sebab sedih, tapi terharu.. Contohnye la kan,budak sekolah rendah telefon tv station semate-mate nak mintak tv station tu aturkan majlis untuk suprisekan hari ulangtahun perkahwinan mak ayah die. Kalau tak terharu jugak xtaw la nak cakap pe, aq yang  hati batu ni pun kalah ngan budak kecik tu.ish3

Kadang-kadang aq rase kesian jugak kat budak-budak jepun kat sini, dorang tak boleh tengok kartun-kartun cam budak-budak kat malaysia tengok. Jarang sangat nak cari citer kartun kat tv sini.. Patutlah budak-budak kat sini dah tak nampak cam budak. 'Untung' sungguh budak malaysia dapat nikmati saat-saat jadi kanak-kanak ngan kartun-kartun yang tak pape.


tu je..sekian.

Thursday, September 27, 2012

Ni baru Shila Amzah..aww


Monday, September 24, 2012

Mukhayyam MugenDai 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kali ni sempat join Mukhayyam @ riadah anjuran AMIR(Aspiring Malaysia Rijal). Mukhayyam 2 hari satu malam ni berkonsepkan perkhemahan. Tempatnya Sensuijima, Hiroshima,tadela jauh sangat dari kolej aq. Nak sampai ke tempat camping tu, 2jam dari Yonago ke Okayama, lepas tu dari Okayama ke Sensuijima tu kami menumpang kereta senior. Memakan masa sejam lebih je. Tapi sebelum ke Hiroshima, bermalam la dulu rumah dorang.haha..muke tataw malu, da tumpang kereta orang nak tumpang rumah la pulak.

Sape taw maksud mugenda'i? cepat angkat tangan!! .   .    .   .    .  ..Nampaknya semua taw, tapi malu nak cakap rupenya. K FINE. 'mugen' tu dicuri dari bahasa nobita@bahaye jepun, maksudnya without limit bak kata orang kelantan. Bahasa melayu tak pasti la pulak...wahahaha. Mesti menangis bang Najib kite kalau taw ade rakyat malaysia cam aq ni kat jepun.hahaa. ADE GUA KESAH?      Da'i ni bukan bahasa jepun ok, ni arab mari.Maksudnya orang yang menggerakkan dakwah. So maksud penuh mugenda'i ni dakwah tanpa ada batasan..kan kan kan. Mesti ade yang terkejut, eh Fais join dakwah la, sejak biler jadi baik, biasenya jahil cam aq je..haha WELL WELL WELL, takkan orang jahil cam aq takleh kawan ngan orang baik-baik kot. Wak lu bro! emo tak pasal-pasal.huhu

Berbalik ke tajuk asal... dah name lagi tempat tu pulau, takkan nak jalan kaki atas air kan, so mestilah kene naik ferri. Nak taw berapa lame baru sampai sana???...........tersangatlah jauh....................................10minit pun da boleh sampai!!ahhak. cess lawak hambar disana. Setibanya kami kat sana, mula dengan lunch, solat n sebagainya. Lepas tu bermula aktiviti pertama, ikhwah mencari ukhwah. So dalam aktiviti ni, semua orang kene tanya sorang demi sorang biodata masing-masing. Dan dapat ramai kawan baru!!!huaaaaaa.  Then semua dibahagikan ikut group, dan terus kene main game lasak. Ade game lompat dalam laut, merangkak kat pantai, angkat besen pakai kaki,lipat kain rentang ramai-ramai. Yang paling best, hari 1st kat situ dah calar balar kat badan,haha. Tape, yang penting happy kan. Aktiviti malam diisi dengan BBQ, persembahan lakonan bertajukkan sirah para sahabat nabi. Sambil makan sambil tengok n buat lakonan. Santai habis kan..Tapi sejarah camping aq memang tak pernah lari dari HUJAN. Seingat aq la, sejak dari sekolah rendah lagi, bila ade je camping, mesti hujan. Kenapa ek?pelik tapi benar.. Tak disebabkan hujan, semua tidur lena..Buktinya dalam khemah, semua duk pakat lawan berdengkur. Yang sebelah kiri kerohhhh, yang sebelah kanan pun keroooooooh. tapi aq tak dengkur ok! cam tula keadaan dalam khemah dari malam sampai pagi. Bayangkanlah camne.haha

2nd day, kami hiking naik bukit trun bukit. Ada 4 check point kat atas bukit nuh, so setiap check point akan ada aktiviti-aktiviti sendiri. Ade testing ayat hafazan, tilawah, sesi soal menyoal pasal biodata groupmate, n last sekali solat dhuha. Hiking dalam 2jam kot kalau tak sesat, ade yang sampai 3jam lebih sebab sesat. Suasana kat sane sangat lawa, tambah lagi kat pulau, bila sampai kat puncak, nampak pulak pulau-pulau kecik kat sekeliling. masyaallah lawa syiooot. Menyesal gila tak bawak kamera. Tumpang posing untuk kamera orang lain je. Tapi ok jugak, kalau aq bawak kamera, muka aq pulak yang tade.heheBila semua da settle dengan majlis penutupnya, sesi bergambar la pulak kan. Kenangan tu penting kan...semoga berjumpa lagi.



Internship di Jepun

Assalamualaikum..

Kali ni terpaksa rajinkan diri dan menyeru semangat nak menulis kat sini.*khurafat molek. Terus ke main topic ok, tamau merapulama-lama. Kan nanti tak pasal-pasal kene spam ke orang lain.

Sebagai student tahun 4 kat kolej ni, memang kami diwajibkan buat internship dalam kata lain praktikal. Nak buat kat mana tu tak kesah, kat Malaysia pun boleh, kat Jepun pun boleeeeh. Tapi dah alang-alang duk tempat orang, tak salah buat cari pengalaman kat sini kan. Kalau buat kat Malaysia mungkin senang la nak buat kerja tapi lepas tu nak kene tulis dan present report dalam bahase Jepun, tu jela masalahnya. So buat internship kat Jepun mungkin jalan yang bijak kot.haha

Nak dipendekkan ceritenya, aq dan 2 orang kawan seMalaysia kat kolej ni buat internship kat 鳥取県金属熱処理(Tottori Metal Heat Treatment). Kilang ni kerjanya keraskan besi je. Selama 5 hari kami kat sini, macam-macam mende pasal besi kami belajar. Semua pekerja kat sini pun baik-baik semua. Walaupun sibuk buat kerja sempat lagi explain pe kerja diorang buat. Dan kalau ada masa sembang-sembang seket pasal lain selain dari hal kerja. Menarik la jugak. Kerja kat sini start pukul 8.20 a.m sampai 5.00 p.m. 8.20 a.m semua berkumpul untuk senam robik ala Jepun. Radio taiso dorang panggil. Seluruh jepun memang paternnya sama je. Ni yang menarik pasal Jepun, nak kerja kena senaman dulu, lepas tu masuk bilek mesyuarat untuk perbincangan kecil selama 5 minit sebelum semua bergerak ke bahagian masing-masing. Pergerakan kerja semua nampak teratur, masa pun tepat je. bukan janji ditepati ye. Nak cari orang curi tulang? Memang tade la wei.. orang jepun ni gila kerja taw. Pe semangat yang diorang pegang tataw la. Mase rehat ade je duk sibuk lagi mengadap besi-besi. Selain tu, kebanyakan pekerja kat sini, da bekerja kat situ lebih dari 15 tahun. Yang 30 tahun pun ade...perghh. Bayangkan buat mende same selama 30 tahun. Kalau kerja ni menarik ok la jugak kan. Ni angkat besi, bakar besi, ketuk besi dan bla bla. Kalau aq tak pasti la boleh bertahan ke tak sampai 30 tahun. Lepas tu kat sini ada pekerja-pekerja perempuan yang umur dam melebihi 50 tahun. Mak cik umur 50 tahun lebih main besi, gila hebakkk. Mak cik kat Malaysia ade
Dah, cukup setakat ni secara ringkas pengalaman internship kat sini.