Instagram

Monday, September 24, 2012

Mukhayyam MugenDai 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kali ni sempat join Mukhayyam @ riadah anjuran AMIR(Aspiring Malaysia Rijal). Mukhayyam 2 hari satu malam ni berkonsepkan perkhemahan. Tempatnya Sensuijima, Hiroshima,tadela jauh sangat dari kolej aq. Nak sampai ke tempat camping tu, 2jam dari Yonago ke Okayama, lepas tu dari Okayama ke Sensuijima tu kami menumpang kereta senior. Memakan masa sejam lebih je. Tapi sebelum ke Hiroshima, bermalam la dulu rumah dorang.haha..muke tataw malu, da tumpang kereta orang nak tumpang rumah la pulak.

Sape taw maksud mugenda'i? cepat angkat tangan!! .   .    .   .    .  ..Nampaknya semua taw, tapi malu nak cakap rupenya. K FINE. 'mugen' tu dicuri dari bahasa nobita@bahaye jepun, maksudnya without limit bak kata orang kelantan. Bahasa melayu tak pasti la pulak...wahahaha. Mesti menangis bang Najib kite kalau taw ade rakyat malaysia cam aq ni kat jepun.hahaa. ADE GUA KESAH?      Da'i ni bukan bahasa jepun ok, ni arab mari.Maksudnya orang yang menggerakkan dakwah. So maksud penuh mugenda'i ni dakwah tanpa ada batasan..kan kan kan. Mesti ade yang terkejut, eh Fais join dakwah la, sejak biler jadi baik, biasenya jahil cam aq je..haha WELL WELL WELL, takkan orang jahil cam aq takleh kawan ngan orang baik-baik kot. Wak lu bro! emo tak pasal-pasal.huhu

Berbalik ke tajuk asal... dah name lagi tempat tu pulau, takkan nak jalan kaki atas air kan, so mestilah kene naik ferri. Nak taw berapa lame baru sampai sana???...........tersangatlah jauh....................................10minit pun da boleh sampai!!ahhak. cess lawak hambar disana. Setibanya kami kat sana, mula dengan lunch, solat n sebagainya. Lepas tu bermula aktiviti pertama, ikhwah mencari ukhwah. So dalam aktiviti ni, semua orang kene tanya sorang demi sorang biodata masing-masing. Dan dapat ramai kawan baru!!!huaaaaaa.  Then semua dibahagikan ikut group, dan terus kene main game lasak. Ade game lompat dalam laut, merangkak kat pantai, angkat besen pakai kaki,lipat kain rentang ramai-ramai. Yang paling best, hari 1st kat situ dah calar balar kat badan,haha. Tape, yang penting happy kan. Aktiviti malam diisi dengan BBQ, persembahan lakonan bertajukkan sirah para sahabat nabi. Sambil makan sambil tengok n buat lakonan. Santai habis kan..Tapi sejarah camping aq memang tak pernah lari dari HUJAN. Seingat aq la, sejak dari sekolah rendah lagi, bila ade je camping, mesti hujan. Kenapa ek?pelik tapi benar.. Tak disebabkan hujan, semua tidur lena..Buktinya dalam khemah, semua duk pakat lawan berdengkur. Yang sebelah kiri kerohhhh, yang sebelah kanan pun keroooooooh. tapi aq tak dengkur ok! cam tula keadaan dalam khemah dari malam sampai pagi. Bayangkanlah camne.haha

2nd day, kami hiking naik bukit trun bukit. Ada 4 check point kat atas bukit nuh, so setiap check point akan ada aktiviti-aktiviti sendiri. Ade testing ayat hafazan, tilawah, sesi soal menyoal pasal biodata groupmate, n last sekali solat dhuha. Hiking dalam 2jam kot kalau tak sesat, ade yang sampai 3jam lebih sebab sesat. Suasana kat sane sangat lawa, tambah lagi kat pulau, bila sampai kat puncak, nampak pulak pulau-pulau kecik kat sekeliling. masyaallah lawa syiooot. Menyesal gila tak bawak kamera. Tumpang posing untuk kamera orang lain je. Tapi ok jugak, kalau aq bawak kamera, muka aq pulak yang tade.heheBila semua da settle dengan majlis penutupnya, sesi bergambar la pulak kan. Kenangan tu penting kan...semoga berjumpa lagi.



No comments: