Instagram

Monday, September 24, 2012

Internship di Jepun

Assalamualaikum..

Kali ni terpaksa rajinkan diri dan menyeru semangat nak menulis kat sini.*khurafat molek. Terus ke main topic ok, tamau merapulama-lama. Kan nanti tak pasal-pasal kene spam ke orang lain.

Sebagai student tahun 4 kat kolej ni, memang kami diwajibkan buat internship dalam kata lain praktikal. Nak buat kat mana tu tak kesah, kat Malaysia pun boleh, kat Jepun pun boleeeeh. Tapi dah alang-alang duk tempat orang, tak salah buat cari pengalaman kat sini kan. Kalau buat kat Malaysia mungkin senang la nak buat kerja tapi lepas tu nak kene tulis dan present report dalam bahase Jepun, tu jela masalahnya. So buat internship kat Jepun mungkin jalan yang bijak kot.haha

Nak dipendekkan ceritenya, aq dan 2 orang kawan seMalaysia kat kolej ni buat internship kat 鳥取県金属熱処理(Tottori Metal Heat Treatment). Kilang ni kerjanya keraskan besi je. Selama 5 hari kami kat sini, macam-macam mende pasal besi kami belajar. Semua pekerja kat sini pun baik-baik semua. Walaupun sibuk buat kerja sempat lagi explain pe kerja diorang buat. Dan kalau ada masa sembang-sembang seket pasal lain selain dari hal kerja. Menarik la jugak. Kerja kat sini start pukul 8.20 a.m sampai 5.00 p.m. 8.20 a.m semua berkumpul untuk senam robik ala Jepun. Radio taiso dorang panggil. Seluruh jepun memang paternnya sama je. Ni yang menarik pasal Jepun, nak kerja kena senaman dulu, lepas tu masuk bilek mesyuarat untuk perbincangan kecil selama 5 minit sebelum semua bergerak ke bahagian masing-masing. Pergerakan kerja semua nampak teratur, masa pun tepat je. bukan janji ditepati ye. Nak cari orang curi tulang? Memang tade la wei.. orang jepun ni gila kerja taw. Pe semangat yang diorang pegang tataw la. Mase rehat ade je duk sibuk lagi mengadap besi-besi. Selain tu, kebanyakan pekerja kat sini, da bekerja kat situ lebih dari 15 tahun. Yang 30 tahun pun ade...perghh. Bayangkan buat mende same selama 30 tahun. Kalau kerja ni menarik ok la jugak kan. Ni angkat besi, bakar besi, ketuk besi dan bla bla. Kalau aq tak pasti la boleh bertahan ke tak sampai 30 tahun. Lepas tu kat sini ada pekerja-pekerja perempuan yang umur dam melebihi 50 tahun. Mak cik umur 50 tahun lebih main besi, gila hebakkk. Mak cik kat Malaysia ade
Dah, cukup setakat ni secara ringkas pengalaman internship kat sini.

2 comments:

Anif Abdullah| AA said...

wah, bagus dah tu. belajar teknologi dan budaya kerja diorang :)

aku pon tengah mencari tmpat prak ni. sobss

FAIS RAZAK said...

selamat mencari..
moge jumpe tempat prak y best