Instagram

Sunday, April 28, 2013

Tahun Ketiga Bersama Doraemon

Alhamdulillah... Pejam celik pejam celik, dah masuk masuk tahun ketiga aq kat negara orang nih. Macam-macam dugaan dan cabaran dah berlalu. Terutama sekali 2 sem yang lepas. Tuhan saja tahu penat lelah disebalik 'muka selamba dek' nih. Blog ni memang terabai habis sejak dua menjak nih. *bukan sebab sibuk, tapi sebab tak ingat aq ni ada blog rupenya.hishhh..

So berbalik ke tajuk asal, ni tahun terakhir aq kat kolej ni. Tapi tahun akhir kat kolej tak bermaksud tahun terakhir kat Jepun okey. Kalau Allah nak bagi rezeki lagi belajar kat sini, InsyaAllah taun depan masuklah aq di universiti kat sini. Tapi nak sambung belajar kat universiti kat Jepun bukan benda mudah. Kat sini, kene ambil entrance exam dulu kat uni-uni yang kita nak pergi. Bukan tu je, nak ambil exam bukan free cik adik. Kene bayar plak bagi setiap exam yang kita nak ambil. Biasanya dalam 30,000yen(lebih kurang Rm1000) untuk satu uni. Mahal bebbbb!! Kalau genius boleh la nak ambil satu exam je. Kalau otak cam aq ni ambil satu belum tentu lepas(nauzubillah)..hehe Memang kene ambil banyak ah.

Final year ni jugak, macam tempat IPT kat Malaysia jugak, thesis benda wajib la kan. Tapi syukur sangat sebab partner-partner dan lecturer sangat 'sekepala'. Tambah lagi dapat sorang partner yang top dalam kelas. So ada benda yang tak faham jek boleh terus tanya. Dan satu lagi yang best pasal dorang nih, dorang adalah geng sekaraoke sejak aq datang sini.haha.. Tak berpakat pun nak masuk lab sekali, tapi bukan kita yang tentukan semua tu kan. Ditakdirkan..terima dengan happy.weeehuu.

Dan akhir sekali mohon jasa kawan-kawan semua DOAkan semoga aq dapat terus samb
ung belajar kat uni jepun ni sejauh yang mungkin. Tak sedia lagi nak balik malaysia.huhu. byeee


geng lab taun ni..sangat-sangat sekepala

No comments: