Instagram

Wednesday, January 28, 2015

Jalan baru

Salam satu dua dan tiga Malaysia.

Kalau tengok post terakhir blog ni ade la dalam 10 bulan tak sentuh mende nih.
Maklumlah lepas balik dari jepun dulu, nak jumpe internet kat 'metropolis beris lalang' memang tidak lah kan. Harapkan nak. Update pakai phone hampeh. Penuh dengan typo la jawabnya. Ni tulis pakai komputer pun belum tentu tak ade typo. Ceh

Okey selesai merapu. Berbalik kepada tajuk. Selepas 10 bulan grad dari jepun dulu, kini aku kembali 
tapi bukan sebagai pelajar tapi sebagai penganggur terhormat. *padan muka
"Dah elok-elok keje kat Malaysia tapi gatal nak berhenti buat ape." Ni mungkin tanggapan orang lain kat saya yang hina ni. Ehhe. Sepanjang aku keje kat Malaysia sebelum ni (7bulan je kot), kepala duk 
frust impian nak keje/sambung belajar kat jepun tak kesampaian. So, untuk elakkan frust sampai menonngeng, aku tekad nak mai jugak kat jepun ni hah. Belum tentu lagi ade rezeki kat sini, tapi belum cuba mana tahu kan. Umur muda lagi, takkan tak berani nak buat kesilapan kan. Risiko tetap tinggi tapi alangkah indahnya dan puas kalau dapat lepas lalui semua halangan yang akan mai lepas 
ni. 

Sampai hari ni dan nak masuk sebulan aku kat jepun, tapi aktiviti cari rezeki masih belum ditahap yang 
sepatutnya, masih diawan-awangan. Aktiviti melancong gua tak habis lagi, sabar leww.hehe
Tapi alhamdulillah nampak lah jalan-jalan yang mungkin boleh mendorong aku dapat kahwin kat jepun..eh?! Silap-silap kije kat jepun. 

Doakan Allah mudahkan semua urusan aku kat sini. 

本気出せ!!!!

No comments: