Instagram

Saturday, October 15, 2011

Dikejar 'ANAK AYAM'

Assalamulaikum.... Salam 1Dunia...


 Hidup di tempat orang memang banyak dugaan. Tak kesah la dugaan dari segi makanan ke, kehidupan hari-hari ke, dugaan pasal study lagi la takleh nak lari. Dan semua dugaan tu kadang-kala buat kite sedih sangat, atau mungkin dugaan tu akan buat hidup kite lebih bermakna untuk buat kite lebih kuat.(aq taw ayat aq skema sket malam ni).Setakat ni pun, dah banyak ujian/dugaan yang aq terime semenjak menetap kat Jepun ni. Tapi baru-baru ni bukan calang-calang ujian yang aq dapat.Bukan setakat culture shock, semue jenis shock yang ada kat dunia ni aq terime. G-shock pun dapat...nante ne..

Doutonbori, Osaka.Di siang ari memang nampak sangat normal kat tempat ni. Kat sini la orang2 nak makan takoyaki, ketam, shopping sakan, nak melahap masakan Thai, India dan macam2 lagi la. Tapi masuk je malam, Suasana dah berubah. Bangunan2 kat sini dah menyala macam2. Baru nampak Jepun seket. Tapi bukan setakat bangunan je yang berubah, orang2 pun start nampak laen. Tetibe ramai orang laki dan pompuan yang hensem/lawa muncul. Aq ingatkan dorang promote restoran dorang. (Sebab ramai jugak yang camtu). Tapi...........

Lepas melahap kat restoran thai kat situ. Tetibe perut aq meragam. Haishh..Mula la gelabah nak cari tandas. So aq pgy cari tandas sorang2........K dah melepas hajat. So mase untuk cari 2 orang lagi geng tadi. Mase tengah jalan sorang2 tu, tetibe datang awek jepun tahan aq jalan. Mak aishh, bukan maen comey lagi. Dalam hati, "pehal la awek comel ni nak tahan2 aq ni?,Salah orang ke ape ni?!". Nak taw die tu sape?Tu ANAK AYAM?!!! Dia tawar body kat ambe.Die cakap"meh la, tak lame pun tak ape, sejam je pun ok"Fuhh, giler terkejut aq die ajak buat mende gitu. Iman sape tak tergugat weh. Iman sekecik kuman yang ada dalam aq ni memang comfirm2 r tergugat. Giler ke pe. Tapi alhamdulilah, Allah jage lagi aq dari mende2 camtu. Aq cepat2 tolak 'promo'awek tu sebelum aq ubah fikiran..bhaye2.haha..Berpeluh jugak aq walaupun mase tu sejuk.

Memang aq takleh nak lupe r pengalaman tu. Dan aq sedar, kalau nak duduk negara orang, pe yang penting sekali ialah iman. Sebab aq taw iman yang ada sekarang memang takkan dapat nak tahan ujian yang lagi berat. Kalau nak dibandingkan ngan kuman, comfirm2 kuman lagi besar dari iman aq ni. TAkutttttt...hhuhu.

“Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk, dan berilah rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

doutonbori


5 comments:

Athirah Amin said...

baguih betul pakcik neh .. alhamdulillah ..

FAIS RAZAK said...

hurmm, alhamdulillah..jahil2 pun ad batas agy.

s.h.s said...

ganbatte!

FAIS RAZAK said...

arigatou!

Syazwan Che Deraman said...

rugi sid.
sekalo dok tengok dale video jah.

hahahaha.