Instagram

Wednesday, September 28, 2011

Kembali...

Assalamualaikum..

Selepas sebulan setengah aq bercuti kat Malaysia, nampaknye mase untuk kembali ke Jepun pun dah sampai.huaaaa. Cepat giler mase kan. Rase baru je balek kat Malaysia. Pejam celik pejam celik, dah ada kat Jepun semula.(mode homesick).

25 September 2011. Tarikh yang memang aq tak mintak pun datang, tapi ape kan daye, datang jugak!!grrrr.. Perjalanan bermula di Lapangan Terbang Kota Bharu. Flight ke Jepun kul 1145 malam. Tapi flight ke KLIA 1155 pagi. Aq dah terfikir, pe la aq nak buat airport nanti sementare tunggu flight ke Jepun.(padan muke, sape suruh beli tiket awal sangat). Dari Kota Bharu ke KLIA tak sampai sejam pun, dalam 45mnit camtu je. Tak sempat nak tido pun.

Sampai je kat KLIA, terus blur tataw nak buat pe.haha. Hajat dihati nak pusing KL, tapi beg2 yang berat ni aq nak campak kat mane?huhu..tetibe aq nampak board yang tunjuk arah nak letak beg. Dalam hati punye la suke sebab aq ingat hajat nak round2 KL akan tercapai, tapi.......biler tanye orang kat counter tempat letak beg tu, dy cakap kalau nak letak beg kat sini kene bayar RM66. Woowwww, "kalau saye nak bayar Rm200 boleh tak"(dalam hati je la). Lepas tu aq blah camtu jek. adohai

Plan ke KL tak jadi, so idea bernas pun datang. Pe lagi, kol pak cik kat Puchong suruh datang amek.haha..Ksian pak cik aq. Sekali sekale, dua kali berkaler-kaler kan.muahaha..Dalam kul 3lbih dy pun datang ngan satu family.(pnat jugak aq menunggu pak cik aq datang). Macam dah taw aq tengah lapar, walaupun dah melahap kat burger king jap tadi, pak cik aq bawak pgy rumah terbuka kat perumahan dy. Pe lagy, rezeki jangan ditolak..haha. Macam2 ada!!ergggggg(sendawa la plak)

Makanan jasmani dah penuh, lepas maghrib, mase untuk makanan rohani. Impian jadi nyate,hari tu Ustaz Azhar Idrus ada buat ceramah kat masjid kawasan puchong. Sebelum ni tengok kat Youtube je. Kali ni alhamdulillah dapat pgy tengok depan mate. Dah macam PM datang je, penuh ngan manusia, polis pun ramai gler.(nasib baek FRU xde.haha)

Ceramah habis dalam kul 10. Kawan2 aq yang semue dah check-in kat airport. Agak gelabah jugak biler tengok jam. haha..pe lagy, selapas isyak kereta saga dah jadi macam F1.haha..punye laju, stengah jam je smpai kat airport.

Berlari-lari aq dalam airport, nsib baek sempat check-in.haha..biler dah jmpe geng2 se'flight', baru la lega..Perjalanan bermula, 11.45pm(wktu mlaysia)-7.13a.m(wktu jepun)...tuuuut..ckup sampai disini.

Betulkan niat, kuatkan azam..gud luck FAIS..
ternampak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kat kota bharu airport

berlepas dari Kota Bharu




ceramah Ustaz Azhar Idrus, penuh sampai luar masjis yang besar

No comments: